MARAN: Memandangkan permintaan terhadap ikan patin masih tinggi, pengusaha ikan sangkar di Chenor di sini tekad meneruskan kembali penternakan miliknya yang terhenti dua bulan lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha ikan sangkar di Kampung Tanjung Berangan, Pesagi, Chenor, Rosmawati Sulaiman, 41, berkata, sebelum ini, perusahaannya terhenti berikutan air sungai kering sehingga mengalami kerugian besar. “Kini, saya dan suami mengambil keputusan untuk memulakan kembali perusahaan kami kerana melihat air Sungai Pahang…










