Kecederaan Pulisic tidak serius

Kecederaan Pulisic tidak serius

CHRISTIAN Pulisic-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Tonggak utama Amerika Syarikat(AS), Christian Pulisic, menepis kebimbangan mengenai tahap kecergasannya selepas dikeluarkan pada separuh masa ketika membantu pasukannya membelasah Paraguay 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia.

Pemain berusia 27 tahun itu menjelaskan pertukarannya bukan disebabkan kecederaan serius, sebaliknya hanya langkah berjaga-jaga selepas menerima sepakan pada babak pertama.

“Saya cuma terkena sepakan dan berasa sedikit tidak selesa di bahagian betis kiri. Saya pernah melalui situasi seperti ini sebelum ini, jadi saya kekal positif dan berharap dapat pulih dalam masa beberapa hari,” katanya.

Bintang AC Milan itu sekali lagi membuktikan pengaruh besarnya apabila mencipta satu bantuan gol selain terlibat dalam gerakan yang membawa kepada gol sendiri Paraguay.

Ketiadaan Pulisic pada separuh masa kedua sempat mencetuskan kebimbangan penyokong AS, namun pengendalinya, Mauricio Pochettino, segera memberi jaminan bahawa keputusan tersebut dibuat bagi mengelakkan risiko yang tidak perlu.

“Kami tidak mahu mengambil sebarang risiko. Kesihatannya lebih penting dan kami yakin dia akan kembali bersama pasukan tidak lama lagi,” kata Pochettino.

Kemenangan bergaya ke atas Paraguay meletakkan AS dalam kedudukan selesa menjelang dua lagi aksi Kumpulan D menentang Australia dan Turkiye, dengan harapan Pulisic kembali cergas untuk terus mengemudi cabaran pasukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN