Kalau orang sokong kita, terima kasih- Hajiji

Kalau orang sokong kita, terima kasih- Hajiji

HAJIJI Noor (tengah) semasa sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghormati keputusan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman yang menyokong kepimpinannya di peringkat negeri Sabah.

Itu adalah keputusan peribadi yang dibuat oleh ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jadi, ia harus dihormati.

“Dia (Suhaili) sokong Perdana Menteri dan kepimpinan Ketua Menteri Sabah tapi, dia masih dalam Perikatan Nasional (PN). Jadi, kita berterima kasihlah dia sokong…kalau orang sokong kita, terima kasih,” katanya semasa mengulas tentang kenyataan Ahli Parlimen Labuan pada Selasa yang menyatakan secara terbuka menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di sini, hari ini.

Mengenai khabar angin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said menyokong pimpinannya, beliau berkata, perkara itu perlu ditanya sendiri kepada ADUN Usukan.

Semasa kemelut politik yang membawa kepada gerakan Langkah Kinabalu pada awal Januari lalu, Salleh antara ADUN UMNO-Barisan Nasional (BN) yang bertindak menarik sokongan daripada Hajiji selaku Ketua Menteri.

Malah, jawatan Salleh sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad turut ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

Susulan kemelut politik yang berlaku, Kabinet Negeri telah dirombak dan ADUN UMNO-BN yang menarik sokongan daripada Hajiji telah digugurkan daripada barisan Kabinet termasuk, Datuk Seri Bung Moktar Radin selaku Timbalan Ketua Menteri.

Kini, jawatan Bung Moktar diambil alih oleh Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga daripada UMNO-BN.

Ketika itu, Shahelmey bertindak membelakangkan keputusan parti kerana menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah. Susulan itu, keahliannya di dalam UMNO telah digantung selama enam tahun.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya