Jumlah mangsa banjir terus berkurangan - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir terus berkurangan

SALAH sebuah keluarga yang dipindahkan di PPS Sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Hari keenam banjir di Terengganu menyaksikan jumlah mangsa terus berkurangan kepada 486 orang daripada 123 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Terengganu setakat pukul 8 pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, ketika ini terdapat tiga PPS yang masih beroperasi di Kuala Nerus, tiga di Marang, dua di Kuala Terengganu dan satu di Besut.

Menurutnya, jumlah mangsa di daerah Kuala Terengganu ialah 273 orang daripada 73 keluarga diikuti Marang (124 mangsa daripada 31 keluarga).

“Di Kuala Nerus pula terdapat 62 orang daripada 13 keluarga manakala di Besut, hanya satu PPS beroperasi menempatkan 27 mangsa daripada enam keluarga.

“Penurunan mangsa ini disebabkan banyak PPS ditutup semalam kerana cuaca sepanjang hari yang agak baik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan penduduk Terengganu agar terus berhati-hati kerana Jabatan Metereologi Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di seluruh negeri Terengganu yang dijangka berlaku hingga Ahad ini.

“Sekiranya luruan hujan lebat ini bertembung dengan air laut pasang ia akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan kawasan berisiko yang lain,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan hanya satu sungai telah melepasi paras bahaya setakat pukul 8 pagi ini iaitu Sungai Chalok di stesen Jambatan Chalok, daerah Setiu yang merekodkan bacaan setinggi 8.42 meter (paras bahaya 8.40 meter).

Selain itu, tiga sungai pula merekodkan bacaan melepasi paras waspada di dua daerah.

Di Setiu, dua sungai tersebut ialah Sungai Nerus di Kampung Bukit setinggi 11.35 meter (paras waspada 10.5 meter) dan Sungai Setiu di stesen bacaan Kampung Besut setinggi 16.56 meter (paras waspada 16 meter).

Di Kemaman, Sungai Tumpat di stesen bacaan Kampung Baru Kemasik pula merekodkan bacaan 1.71 meter (paras waspada 1.60 meter).

Selain itu di daerah Kuala Nerus, stesen bacaan di parit utama Padang Kemunting juga masih melebihi paras waspada dengan bacaan 3.55 meter (paras waspada 3.2 meter). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya