Jual nasi lemak sambil gendong anak demi menyara keluarga

Jual nasi lemak sambil gendong anak demi menyara keluarga

MOHD. Fairuz Mohd. Noor, 36 dan Norhaslinda Mohamad Hanifa, 39 tetap gigih menjual nasi lemak seawal pukul 7 pagi di Saujana Utama, Sungai Buloh. di sini, semalam. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Demi kelangsungan hidup di ibu kota, pasangan suami isteri membuka gerai nasi lemak di Saujana Utama, Sungai Buloh dekat sini bagi membiayai keluarga.

Mereka juga berniaga dengan membawa anak bongsu berusia enam bulan berikutan tidak mampu membayar khidmat pengasuh.

Selain berniaga nasi lemak, pasangan itu turut membeli dan menjual semula minyak masak terpakai di Sungai Buloh dan kawasan sekitarnya sebagai pendapatan sampingan.

Norhaslinda Mohamad Hanifa, 39 berkata, dia dan suami Mohd. Fairuz Mohd. Nor, 36 menjalankan perniagaan nasi lemak di Saujana Utama sejak tahun lalu sebagai punca pendapatan keluarga.

“Saya dan suami mencari sumber rezeki dengan menjual nasi lemak seawal tujuh pagi tetapi hasil daripada perniagaan itu, masih belum mencukupi untuk menanggung komitmen bulanan kami.

“Selepas berniaga nasi lemak, saya dah suami akan membeli minyak masak dari rumah ke rumah dan menjualnya semula dan hasil daripada itu dapatlah dijadikan pendapatan tambahan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Perniagaan nasi lemak yang diusahakan oleh suami isteri sejak tahun lalu itu berikutan kegagalan dalam perniagaan kosmetik yang diusahakan mereka selama tujuh tahun.

Malah, Norhaslinda berkata, dia terpaksa membawa bersama anaknya Nur Maryam yang berumur enam bulan ketika berniaga kerana tidak mampu untuk membayar pengasuh.

“Anak-anak yang lain sudah bersekolah jadi terpaksalah bawa sekali anak bongsu walaupun masih bayi sebab pendapatan yang kami peroleh belum cukup untuk menghantar anak ke pusat asuhan,” katanya. -UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN