Jenazah dua kanak-kanak lemas selamat dikebumikan

Jenazah dua kanak-kanak lemas selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Jenazah dua kanak-kanak yang lemas di kolam ternakan udang berdekatan rumah mereka di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, di sini selamat dikebumikan dalam satu liang lahad.

Pengebumian Allahyarham Muhammad Aidil Adha Mohd Ali, 5, dan sepupunya, Muhammad Shafiq Amsyar Mohd Sufian, 3, di Tanah Perkuburan Islam, Kota Raja, selesai kira-kira pukul 3 petang.

Jenazah mereka dibawa pulang dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk disembahyangkan di Surau Kampung Sungai Emas Hujung.

Akhbar ini semalam melaporkan dua kanak-kanak ditemukan lemas oleh bapa mereka di sebuah kolam ternakan udang kira-kira pukul 2 petang selepas didapati tiada di rumah masing-masing.

Kedua-dua mangsa ditemukan mati lemas selepas bapa mereka menarik pukat di dalam kolam tersebut ketika usaha mencari mereka dilakukan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN