Hampir 30,000 graduan menganggur selepas tamat pengajian

Hampir 30,000 graduan menganggur selepas tamat pengajian tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 29,000 atau 9.8 peratus daripada 295,962 graduan pada 2022 belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian pada tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan berbanding seramai 41,467 graduan menganggur atau 14.5 peratus daripada 286,299 graduan yang dicatatkan pada 2021 dan berbeza dengan 40,000 graduan menganggur atau 15.6 peratus daripada 260,000 graduan yang menamatkan pengajian pada 2020.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jumlah itu berdasarkan data rasmi sistem kajian pengesanan graduan yang dibangunkan oleh kementeriannya.

“Kita bangunkan sistem kajian pengesanan supaya dapat menganalisa lebih mendalam dan tepat bagi kita mengatasi apa juga isu masalah serta cabaran yang akan lahir dari soal kebolehpasaran dan program-program yang menyumbang kepada menangani masalah graduan tidak dapat pekerjaan.

“Kita mengakui, selain graduan tidak bekerja, ramai juga graduan pasca siswazah kerana mereka berkelulusan doktor falsafah (PhD) dan sebagainya di negara kita tidak banyak pusat atau institusi penyelidikan sama ada peringkat kerajaan dan swasta yang menawarkan pekerjaan, itu satu perkara kita tidak nafikan hakikat,” katanya ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Justeru, katanya, kementerian melaksanakan inisiatif berterusan bagi memastikan bakat dan kemahiran pelbagai dapat diberikan kepada siswazah.

Antaranya, katanya, kementerian melaksanakan semakan dan penambahbaikan kurikulum secara berkala dalam tempoh tiga hingga lima tahun bagi memastikan pelajar mempunyai daya saing serta kebolehpasaran tinggi sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Kementerian juga membangunkan pelan strategik kebolehpasaran graduan sebagai dokumen strategik untuk rujukan, serta melaksanakan padanan pekerjaan kepada graduan menerusi kolaborasi dan hubungan rapat universiti dan pihak industri.

“Kita juga memperkenalkan dan menawarkan pinjaman pelajar tahun akhir bagi mengikuti program pensijilan profesional, kita menyediakan RM15 juta bagi membantu mereka meningkatkan tahap kebolehpasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya