Perjalanan Khai Xing-Aaron terhenti di suku akhir

Perjalanan Khai Xing-Aaron terhenti di suku akhir

Kang Khai Xing-Aaron Tai mara ke suku akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-19, 21-17 di Kejohanan Terbuka Singapura, Kallang, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan beregu muda negara, Kang Khai Xing-Aaron Tai menemui titik noktah selepas tersingkir pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Kallang, Singapura, hari ini.

Beregu No. 27 dunia itu tewas kepada gandingan No. 4 dunia, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India 21-19, 17-21, 13-21 dalam masa 1 jam 5 minit.

Khai Xing-Aaron mempamerkan prestasi baik pada kejohanan berstatus Super 750 itu selepas mengejutkan beregu No. 7 dunia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia di pusingan kedua, semalam.

Namun, juara remaja dunia 2024 itu gagal mengulangi pencapaian sama apabila terpaksa akur kepada Rankireddy-Shetty dan kekalahan tersebut menyaksikan mereka kini terikat dengan rekod pertemuan 1-1.

Gandingan muda Malaysia itu pernah menewaskan Rankireddy-Shetty dalam pertemuan pertama mereka di All England, Mac lalu.

Minggu depan, Khai Xing-Aaron akan membuat penampilan sulung pada Terbuka Indonesia dan mereka sekali lagi bakal berdepan Rankireddy-Shetty di peringkat 32 terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN