KLANG: Hasrat seorang pesara untuk menikmati usia persaraan dengan selesa tidak kesampaian apabila diuji dengan masalah jangkitan kuman sehingga memberi kesan pada tulang belakang serta buah pinggangnya. Turiman Masri @ Sairon, 59, berkata, dia hilang upaya untuk berjalan sejak tahun lalu selepas doktor mengesahkan penyakit dialaminya itu sehingga memaksanya menjalani rawatan dialisis selama tiga kali setiap minggu. Menurut pesara Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu, ketika dalam perkhidmatan, dia memutuskan untuk…










