Dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie tidak terasa - Utusan Malaysia

Dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah, Watie tidak terasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tak ada terasa pun. Asalkan perbandingan itu tidak datang daripada suami dan anak-anak.”

Itu jawapan isteri kepada penyampai radio, Shuib, Watie selepas ditanya pernahkah dia terasa apabila sering kali dibandingkan dengan Allahyarham Siti Sarah.

Jelas Watie, apa yang lebih penting adalah penerimaan dan pandangan suami serta anak-anaknya yang terlebih dahulu hidup bersama Allahyarham Siti Sarah.

“Saya okey sahaja. Apa yang penting adalah suami dan anak-anak. Pandangan mereka lebih penting dan perlu diambil kira,” katanya.

Dalam pada itu, Watie juga berkata, dia tidak pernah merasa diri banyak kekurangan berbanding Allahyarham Siti Sarah sebagai seorang isteri kepada usahawan tersebut.

“Tak pernah pula. Saya buat semua apa yang saya patut laksanakan sebagai isteri. Amalkan juga apa yang Allahyarham buat untuk suami.

“Sebagai contoh pakaikan stokin setiap kali dia mahu ke kerja, walaupun pukul 5.30 pagi,” kongsinya.

Untuk info, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN