Dia ada hak saman saya. Saya tak nak ambil tahu - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Dia ada hak saman saya. Saya tak nak ambil tahu – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekal profesional, usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri tidak mahu ambil peduli walaupun dikhabarkan bakal berdepan saman berjumlah RM100 juta yang difailkan pengcara sensasi, Azwan Ali.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aliff berkata, dia hanya menjalankan tanggungjawab seperti yang diminta produser dan sudah melayangkan permintaan maaf sejurus program yang tular itu berlangsung.

“Saya memang tak tahu apa-apa. Saman? Lantaklah. Saya sangat profesional. Saya juga ada pasukan peguam. Apa yang digembar-gemburkan adalah fitnah semata-mata. Sengaja kecoh untuk tambah panas.

“Dia memang suka kutuk orang dan saya okey sahaja. Cuma ketika rakaman, saya dimaklumkan dia memakai rambut palsu. Jadi saya tarik sahaja. Saya cuma ikut arahan yang diberikan produser.

“Saya sudah minta maaf, sama ada dia terima atau tidak saya tak tahu. Tak sangka pula tular dan menjadi kontroversi panas. Sebab itu saya tiada komen lanjut berkaitan saman menyaman ini,” ujarnya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial apabila sebuah video menunjukkan usahawan kosmetik itu dilihat menarik rambut serta mengheret Azwan sewaktu berada di atas pentas bagi menjayakan sebuah program di Singapura.

Dalam pada itu, Aliff yang juga terkenal kerana pelbagai kontroversi sebelum ini menambah, Azwan mempunyai hak sekiranya mahu menfailkan saman terhadapnya dan dia juga sedia dengan tindakan balas.

“Itu hak dia, saya tak ambil tahu. Perkara ini biarlah team publisiti dan peguam saya uruskan. Ada yang cakap ini propa, saya juga tiada komen. Anda nilailah sendiri.

“Tetapi sebagai orang yang sudah tua, dia sepatutnya menghormati juga sesiapa yang masih muda. Tidak wajar dan tidak profesional tindakannya itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya