Lim Guan Eng beri tempoh 48 jam kepada Ahli Parlimen Pas

Lim Guan Eng beri tempoh 48 jam untuk Ahli Parlimen Pas buktikan dia ada talian keluarga dengan Chin Peng

LIM Guan Eng dalam sidang media di pusat media Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin wanita Pas diberi masa dua hari untuk mengemukakan bukti jika benar Pengerusi DAP, Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan komunis, Chin Peng.

Guan Eng berkata, kegagalan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr. Siti Mastura Muhammad berbuat demikian berisiko berdepan tindakan undang-undang kerana antaranya mengaitkan Ahli Parlimen Bagan itu mempunyai hubungan keluarga dengan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

“Saya beri peluang kepada Kepala Batas untuk menunjukkan bukti, kalau tidak dapat buktikan kita akan ambil tindakan seterusnya, membabitkan semua tindakan yang perlu diambil,” katanya pada sidang akhbar di pusat media Parlimen hari ini.

Beliau bersidang antaranya bersama Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew; Ahli Sandakan, Vivian Wong Shir Yee dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.

Beliau sebelum itu menunjukan klip video ucapan yang dimuat naik di media sosial itu menyaksikan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu juga mengaitkan Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan pemimpin DAP lain.

Pemimpin DAP yang disebut itu ialah Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim; Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, dakwaan Siti Mastura menunjukkan bahawa pemimpin itu cuba memainkan sentimen politik perkauman, ekstrimisme dan fitnah.

“Janganlah teruskan bermain politik kotor dan jijik ini, kita sepatutnya berdasarkan fakta dan bukan fitnah jahat sedemikian.

“Saya tidak senang hati dengan tuduhan melampau ini, mendengar nada suaranya jelas mahu merendah-rendahkan kami sebagai pemimpin secara peribadi dan berbaur perkauman,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.