Aniaya haiwan: Pulau Pinang ketiga tertinggi selepas Selangor, KL

Aniaya haiwan: Pulau Pinang ketiga tertinggi selepas Selangor, KL

pulau pinang
BAS Rapid Penang turut digunakan dalam membantu menyebarluaskan Kempen Kebajikan Haiwan oleh JPV Pulau Pinang ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Pulau Pinang menjadi negeri ketiga yang merekodkan jumlah aduan tertinggi berkaitan kebajikan dan penganiayaan terhadap haiwan selepas Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, ini berdasarkan jumlah aduan yang diterima oleh pihaknya sejak empat tahun lalu.

Katanya, pada 2019, jumlah aduan yang diterima adalah sebanyak 101 kes dan terus meningkat pada 2020 dan 2021 kepada masing-masing 110 dan 142 kes.

“Sepanjang tahun lepas, aduan yang diterima bertambah kepada 176 dan untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini sahaja iaitu sehingga hari ini (16 November), JPV Pulau Pinang menerima sehingga 236 aduan.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan tahap kesedaran serta keprihatinan masyarakat di negeri ini terhadap kesejahteraan haiwan khususnya semakin meningkat dan bertambah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Saira Banu memberitahu, ketika ini, pelbagai bentuk inisiatif dan hebahan kepada orang awam telah dilaksanakan bagi tujuan memupuk kesedaran berkaitan kebajikan haiwan di Pulau Pinang.

Beliau berkata, antaranya ialah menerusi kempen seperti Roadshow Kebajikan Haiwan di Mydin Mall di sini, serta pemasangan papan tanda di sekitar kawasan pasar awam di seluruh negeri.

Menurutnya, inisiatif lain yang turut digerakkan ialah menerusi penyampaian khutbah Jumaat yang menyentuh mengenai isu-isu berkaitan tanggungjawab serta belas ihsan sesama makhluk selain penyertaan dalam pelbagai pameran yang dianjurkan oleh jabatan serta agensi berkaitan.

“Bermula tahun lepas dan tahun ini juga, JPV Pulau Pinang mula mengambil langkah meluaskan cara dan bentuk Kempen Kebajikan Haiwan iaitu dengan mengguna pakai perkhidmatan Bas Rapid agar hebahan dapat dibuat dengan lebih meluas, menyeluruh serta berkesan.

“Dalam hal ini, sebanyak lima buah bas Rapid (Penang) digunakan dan perjalanan Bas Rapid ini akan melalui semua laluan di seluruh negeri ini dengan kekerapan sebanyak enam kali sehari,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya