Akaun Facebook calon BN digodam - Utusan Malaysia

Akaun Facebook calon BN digodam

RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung di Pasar Borong Dusun Nyior, Chukai, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR  NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman yang berbaki kurang daripada 72 jam lagi, dicemari dengan kempen yang tidak sihat apabila akaun media sosial Facebook calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, beliau kecewa dengan tindakan pihak tersebut yang menggunakan ‘peperangan’ dalam PRK tersebut dengan cara tidak sihat.

“Dengan rasa kecewa saya ingin mengesahkan FB Page yang digunakan untuk tujuan kempen iaitu ‘page Raja Mohamed Affandi’ telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya terkilan kerana kaedah yang digunakan dalam perperangan PRK ini. Saya tidak tahu apa tujuan penggodam, bagaimanapun saya yakin tindakan itu adalah salah satu cara melemahkan kempen BN di PRK Kemaman ini,” katanya.

Raja Mohamed Affandi berkata, bagaimanapun pihaknya akan menggunakan akaun facebook baru dalam baki kempen yang tinggal menjelang hari pengundian Sabtu ini.

“Pengundi dan orang ramai boleh mengikuti akaun Facebook baru saya iaitu ‘Raja Mohamed Affandi RMA’,” katanya.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Raja Mohamed Affandi turut mendedahkan terdapat satu akaun Facebook palsu telah dibuat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan gambarnya.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Raja Mohamed Affandi dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya