MPK mohon maaf, LED papar aksi lucah akibat digodam - Utusan Malaysia

MPK mohon maaf, LED papar aksi lucah akibat digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Majlis Perbandaran Kluang (MPK) memohon maaf susulan berlaku pencerobohan siber (penggodaman) melibatkan sistem paparan LED pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, semalam.

MPK dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengambil langkah pemulihan.

Menurutnya, PBT itu memohon maaf atas kesulitan dan kebimbangan yang timbul dalam kalangan masyarakat Kluang susulan insiden ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MPK bekerjasama dengan pihak vendor bagi mengenal pasti punca kejadian serta mengambil langkah pemulihan dan memperkukuh tahap keselamatan sistem.

“Kami memandang serius dan mengutuk kejadian tersebut serta akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan dan memburukkan nama baik dan imej MPK,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular di media sosial beberapa gambar memaparkan sistem paparan LED milik PBT itu menayangkan rakaman video menunjukkan aksi lucah termasuk di Dataran Tasek Putih dan Hentian Pengangkutan Awam Kluang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini