RSSB 7 lapor polis hantaran hina Sultan Selangor

RSSB 7 lapor polis hantaran hina Sultan Selangor

Hina Sultan Selangor
RSSB 7 berhimpun di hadapan Balai Polis Shah Alam selepas membuat laporan polis berhubung hantaran dalam Facebook yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Shah Alam, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Persatuan Penduduk Rumah Sesebuah dan Berkembar Seksyen 7 (RSSB 7), di sini membuat laporan polis berhubung hantaran gambar yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Wakilnya, Datuk Seri Mohd. Effandie Ahmad berkata, laporan tersebut dibuat susulan hantaran tersebut mengandungi unsur penghinaan yang melampaui batas.

“Kami mendesak pihak berkuasa dan berwajib supaya menjalankan siasatan terperinci hingga ke akar umbi untuk mengetahui individu perancang di belakang penyuntingan imej baginda yang digambarkan sebagai babi.

“Apakah motif dan adakah terdapat pernancangan yang lebih besar untuk meruntuh dan menghapuskan institusi diraja di Malaysia? Adakah terdapat bantuan daripada pihak tertentu dari luar negara?” katanya dalam kenyataan selepas hadir ke Balai Polis Shah Alam, di sini, malam tadi.

Terdahulu, persatuan berkenaan bersama Ahli Dewan di-Raja Selangor, Orang Besar Daerah serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri hadir dan membuat laporan polis di Balai Polis Shah Alam kira-kira pukul 9 malam.

Baru-baru ini tular dalam Facebook Huayan The Pureland Learning Centre, gambar seekor babi digambarkan dengan pakaian seorang raja berwarna kuning dengan niat menghina Sultan Selangor.

Jelas Mohd. Effandie, beliau berharap individu yang melakukan perbuatan itu dikenakan hukuman yang berat mengikut peruntukan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN