Aishah Sinclair kunci mulut isu nikah Bunga Citra Lestari

Aishah Sinclair kunci mulut isu nikah Bunga Citra Lestari

AISHAH SINCLAIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkhabaran mengenai Bunga Citra Lestari (BCL) bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana pada 2 Disember ini, masih menjadi bahan bualan ramai terutamanya di platform media sosial.

Malah, laporan media Indonesia juga ada yang sehingga mendakwa bahawa keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair, telah memberikan restu mengenai keputusan BCL untuk membina rumah tangga baharu selepas tiga tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Bagi mendapatkan kesahihan mengenai perkara tersebut, Utusan Malaysia menghubungi adik perempuan Allahyarham Ashraf, Aishah Sinclair.

Bagaimanapun, Aishah enggan untuk mengulas lanjut mengenai berita pernikahan BCL tersebut selain meminta supaya pihak media tidak mengganggu ibunya, Khadijah Abdul Rahman.

“Saya tak boleh jawab apa-apa. Saya faham pihak media cuma menjalankan tugas, tetapi kalau boleh jangan hubungi ibu saya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Terdahulu, media Indonesia melaporkan,keluarga Allahyarham Sinclair terutama ibunya didakwa telah memberi restu sekiranya bekas menantunya itu ingin berumah tangga dengan pasangan pilihan yang baharu.

Kononnya, Khadijah dan keluarga juga dilaporkan telah berkenalan dengan Tiko sewaktu sama-sama menyambut perayaan Aidilfitri tahun lalu.

Menerusi foto yang tersebar di media sosial, Tiko juga dilihat memakai busana raya yang sama dengan anak lelaki BCL dan Asyraf, Noah yang kini berusia 13 tahun.

Selain itu, laporan media seberang juga mengulang tulis doa yang pernah dititip Khadijah pada tahun 2020 yang menyaksikan bekas mentua penyanyi itu  mengucapkan tahniah atas kelahiran lagu 12 Tahun Terindah selain berharap BCL boleh meneruskan kehidupan selepas ketiadaan Ashraf.

“Doa saya agar Bunga mendapat bimbingan Allah swt, tetap kuat dan sehat, bahagia dan bersyukur serta bisa berkontribusi, warisan yang Almarhum Ashraf tinggalkan untuk Bunga, Noah dan kita semua.

“Saatnya mengambil yang lain langkah untuk move on… kami bersamamu Bunga,”katanya.

BCL dan Allahyarham Ashraf bernikah pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah.

Ikatan perkahwinan itu bagaimanapun terlerai selepas Allahyarham Ashraf Sinclair dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL turut dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan vokalis kumpulan Noah, Ariel, namun gosip itu disangkal dengan menyatakan Ariel adalah kawan baiknya.

Spekulasi mengenai hubungannya dengan Tiko mula diperkatakan selepas lelaki berstatus duda itu dilihat menghadiri majlis ulang tahun pelantun Wanita Terbahagia itu pada Mac lalu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×