Ahmad Said kesal akaun Facebook calon BN digodam - Utusan Malaysia

Ahmad Said kesal akaun Facebook calon BN digodam

AHMAD Said (kiri) dan Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (kanan) menyantuni seorang pengundi di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR  IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun Facebook calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ahmad yang juga Pengarah Jentera BN PRK itu berkata, pihaknya telah mengarahkan supaya laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dilakukan agar tindakan lanjut dapat diambil.

“Tindakan ini (menggodam akaun Facebook) merupakan usaha terdesak dan pengecut oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan sokongan pengundi Kemaman kepada calon kita yang dilihat popularitinya terus meningkat menjelang hari pengundian Sabtu ini.

“Saya telah mengarahkan laporan dibuat kepada polis dan SKMM dilakukan agar siasatan boleh dilakukan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap pelaku,” katanya ketika ditemui ketika menyantuni pengundi berkempen Bandar Cheneh Baru dekat sini, hari ini.

Ahmad berkata, beliau percaya insiden tersebut tidak sesekali melemahkan semangat Raja Mohamed Affandi dan
parti yang bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kemenangan.

Terdahulu, Raja Mohamed Affandi berkata, pihaknya akan menggunakan akaun facebook baharu dalam baki kempen yang tinggal menjelang hari pengundian.

“Pengundi dan orang ramai boleh mengikuti akaun Facebook baru saya iaitu ‘Raja Mohamed Affandi RMA’,” katanya.

PRK Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan menyaksikan Raja Mohamed Affandi dicabar Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili Pas dalam pertembungan satu lawan satu. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.