Ab. Halim dilantik Pesuruhjaya Pas Selangor baharu - Utusan Malaysia

Ab. Halim dilantik Pesuruhjaya Pas Selangor baharu

Pas Selangor
AB. HALIM TAMURI mengadakan sesi dialog dalam Majlis Iftar Pas Selangor Bersama Media di Kelana Jaya, Selangor, semalam.-UTUSAN/AMARULLAH ZAINUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Dr. Ab. Halim Tamuri dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baharu berkuat kuasa semalam.

Pelantikan beliau menggantikan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat selepas memegang jawatan tersebut sejak 2019.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, pelantikan bekas Rektor Universiti Islam Selangor (UIS) itu dijangka menampilkan jawatankuasa baharu Pas peringkat negeri termasuk setiausaha.

“Beliau menggantikan Ahmad Yunus yang dilantik sebagai AJK Pas Pusat, namun Ab. Halim belum membentuk jawatankuasanya. Belum ada lantikan. Mungkin juga akan ada muka baharu nanti.

“Berkenaan perubahan jawatankuasa sayap di peringkat negeri juga akan ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan Pas Selangor,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Penerangan Pas Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan Ab. Halim adalah orang yang layak untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang besar untuk memimpin Pas Selangor.

“Amanah dan tanggungjawab yang diberikan adalah suatu yang cukup besar dan suatu kepercayaan atas kelayakan untuk memimpin PAS Selangor. Siru ala barakatillah,” katanya.

Sebelum ini, pemilihan Pas lalu menyaksikan kepemimpinan utama seperti Presiden, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan kekal pada kedudukan itu bagi penggal 2023 hingga 2025 selepas jawatan tersebut tidak dipertandingkan.

Turut kekal adalah Tiga Naib Presidennya iaitu Datuk Idris Ahmad, Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Sementara pemilihan di peringkat jawatankuasa pusat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berada di kedudukan teratas selepas bekas Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya