8,052 projek awam berjumlah RM32.9 bilion dibelanjakan

8,052 projek awam berjumlah RM32.9 bilion dibelanjakan

WAN Ahmad Dahlan Abdul Aziz (dua kanan) menyerahkan anugerah kepada Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr Aminuddin Hassim ketika Majlis Anugerah Pembangunan Negara Tahun 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 65.7 peratus perbelanjaan pembangunan (DE) Asas meliputi RM32.9 bilion daripada keseluruhan peruntukan RM50.08 bilion dibelanjakan setakat 6 November lalu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia melibatkan sebanyak 8,052 projek awam di seluruh negara.

“Secara keseluruhannya, berdasarkan prestasi perbelanjaan Rolling Plan 3 Rancangan Malaysia Ke-12, sebanyak RM74.53 bilion dibelanjakan di seluruh negara.

“Angka tersebut bersamaan dengan 76.84 peratus daripada jumlah peruntukan sebanyak RM97 bilion yang membabitkan kira-kira 8,241 program atau projek awam,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pembangunan Negara (APN) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Menurut Mohd. Zuki, terdapat tiga kementerian mencatatkan perbelanjaan DE Asas tinggi melebihi purata keseluruhan sebanyak 65.69 peratus.

Ia melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Kementerian Pengangkutan.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, ada juga beberapa kementerian yang dikesan berbelanja kurang daripada 60 peratus peruntukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya