Perkhidmatan awam sasar kutip sumbangan Palestin 2 minggu

Perkhidmatan awam sasar kutip sumbangan Palestin 2 minggu

MOHD. Zuki Ali melancarkan Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Ketua Pengarah (KP) agensi kerajaan diseru dapat menggerakkan kutipan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dalam tempoh dua minggu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, tabung ini dilancarkan hari ini bagi menunjukkan solidariti dan semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Kerajaan menubuhkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin akibat konflik yang sedang berlaku di Semenanjung Gaza, Palestin.

“Dengan ini, saya menyeru semua KSU atau KP dapat menggerakkan kutipan sumbangan secara agresif dalam tempoh dua minggu di peringkat kementerian, jabatan dan agensi masing-masing,” katanya menerusi Instagram beliau hari ini.

Beliau pada masa sama berharap, sekecil mana pun sumbangan masing-masing, ia amat bermakna buat saudara seagama di sana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya