Kementerian mula patuh arahan penjimatan perbelanjaan

Kementerian mula patuh arahan penjimatan perbelanjaan

MOHD. Zuki Ali ketika gimik perasmian Kongres Perancangan Peringkat Kebangsaan 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Banyak kementerian dilihat sudah mula patuh kepada arahan baharu kawalan perbelanjaan awam sebagai usaha penjimatan serta mengelakkan pembaziran sumber kewangan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, setakat ini, tiada kementerian mahupun agensi atau jabatan kerajaan dikesan ingkar terhadap arahan itu berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan PB 3.1 (Pindaan 2022) – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam.

Beliau berkata, ketika ini, kebanyakan acara dan program kerajaan dilaksanakan di tempat kemudahan kerajaan, institut latihan awam dan lokasi berkaitan.

“Setakat ini kita masih perhatikan (pelanggaran arahan) tetapi saya yakin semua ketua jabatan memahami araha yang dikeluarkan.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku pelanggaran arahan,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Kongres Perancangan Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Mohd. Zuki berkata, beliau juga mahu ketua jabatan memainkan peranan dan bersama-sama menggembleng dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan arahan tesebut berjaya mencapai matlamat.

Menurutnya, arahan itu juga selari dengan ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini untuk memastikan tidak berlaku ketirisan dari segi perbelanjaan dana awam.

“Arahan ini sudah lama dikeluarkan, namun ia dikeluarkan semula sebagai peringatan supaya kita tidak lalai kerana kadang-kadang kita lupa dan terlepas pandang peringatan dahulu,” katanya.

Baru-baru ini, kerajaan mengeluarkan arahan baharu kawalan perbelanjaan awam itu termasuk memastikan perbelanjaan bagi penganjuran acara, majlis, keraian rasmi kerajaan, mesyuarat, persidangan, seminar serta bengkel dihadkan bagi program benar-benar perlu sahaja dan disarankan diadakan di premis atau pusat/institusi latihan awam (ILA).

Selain itu, sumber utiliti meliputi elektrik dan air serta peralatan pejabat digunakan secara optimum dan mesyuarat juga digalakkan untuk dijalankan secara dalam talian atau persidangan video, manakala tempahan tiket penerbangan dibuat berdasarkan perbandingan harga terbaik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya