LANGKAWI: Jumlah pengunjung ke Pulau Langkawi pada bulan ini adalah seramai 228,511 orang, sekali gus menambah jumlah kemasukan seramai 2.23 juta pengunjung yang direkodkan sepanjang 10 bulan lalu. Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia memaklumkan, walaupun berlaku sedikit penurunan jumlah kemasukan pengunjung pada bulan ini tetapi angka itu adalah konsisten dengan jumlah pada tempoh sama tahun lalu. Katanya, memang terdapat penurunan dari segi kemasukan pelancong pada…










