ARAU: Tuduhan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah berkaitan kewujudan amalan ‘menjual tempat’ dan kemasukan melalui ‘pintu belakang’ ke universiti awam (UA) adalah tidak berasas. Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, dakwaan seperti itu menjejaskan reputasi institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) serta menghakis keyakinan masyarakat terhadap sistem kemasukan pelajar. Katanya, tuduhan sedemikian bukan sahaja tidak berasas, malah mencemarkan reputasi institusi…










