2 ditahan disyaki jadi keldai akaun babitkan pembelian telefon bimbit tidak wujud - Utusan Malaysia

2 ditahan disyaki jadi keldai akaun babitkan pembelian telefon bimbit tidak wujud

SEORANG lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 31 tahun di tahab polis daerah Barat Daya, Pulau Pinang kelmarin kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dalam urusan pembelian telefon bimbit yang tidak wujud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BALIK PULAU: Polis menahan seorang suspek lelaki dan seorang wanita kelmarin kerana disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam urusan pembelian telefon bimbit yang tidak wujud.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, kedua-dua suspek berusia 31 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Perak Tengah dan Hilir Perak, Perak melibatkan kes yang dilaporkan pada 2021.

”Kerugian yang dialami oleh mangsa sebanyak RM3,350 sehingga RM 26,800.

”Kedua-dua suspek dipercayai telah menyerahkan kad bank serta butir-butir perbankan peribadi untuk digunakan oleh individu lain melalui atas talian dalam urusan mendapatkan komisen kerja pada pertengahan 2021,” katanya di sini hari ini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

”Pihak polis menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan muslihat sindiket penipuan jual beli di laman sosial, pinjaman tidak wujud, tawaran kerja luar negara atau lain-lain,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga menyarankan orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan oleh suspek di Portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM melalui link https://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau juga boleh memuat turun di aplikasi Google Play Store semak Mule CCID sebelum membuat sebarang transaksi.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki berusia 67 tahun ditahan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di tepi sebuah kedai kopi di Sungai Ara dekat sini, kerana disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram.

”Turut dirampas ialah sebuah telefon bimbit yang tertera angka-angka dan nilai taruhan dan sejumlah wang tunai disyaki wang kutipan loteri awam haram.

”Semakan mendapati suspek memiliki lima rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan narkotik,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya