KUALA LUMPUR: Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) yang dipacu lebih 120 pemboleh ubah akan menentukan pendapatan boleh belanja bersih isi rumah rakyat negara ini. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, perkara itu dilihat menjadi inisiatif dalam pelaksanaan agihan subsidi bersasar dan bantuan tunai supaya dapat dibuat dengan lebih teratur, teliti dan bersasar. Katanya lagi, penentu itu merujuk kepada maklumat peribadi individu, keluarga, jumlah penggajian bulanan, jumlah tanggungan semasa, hutang, liabiliti serta…










