Ulama perlu henti bertelingkah dalam media sosial - Utusan Malaysia

Ulama perlu henti bertelingkah dalam media sosial

Ulama Pas
PERWAKILAN mendengar perbahasan pada Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-69 di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Perwakilan Pas Pahang, Nasrudin Hassan At Tantawi mengingatkan ahli-ahli Pas terutama para ulama supaya berhenti bertelingkah sesama sendiri dalam media sosial.

Menurutnya, tindakan sedemkian akan merosakkan institusi ulama selain menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan masyarakat jika dibiarkan berlarutan.

“Oleh itu, marilah kita cepat mengambil tindakan di atas apa jua polemik dan isu yang sedang dihadapi oleh masyarakat kita pada hari ini.

“Bukan sekadar kita tahu dan bersedia untuk bertindak, tetapi cepat bertindak, pantas bertindak dengan suatu tindakan yang berkesan dan efektif. Jangan biarkan ia berlarutan,” katanya ketika membahaskan ucaptama Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), pada Muktamar DUPP Ke-62, hari ini. 

Terdahulu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menggariskan lima perkara yang perlu dilaksanakan di semua peringkat Dewan Ulama termasuk peringkat pusat, negeri dan kawasan.

Antaranya memperkemaskan kepimpinan dan organisasi ulama di semua peringkat, mempertingkatkan jati diri ulama rabbani, alim, haraki dan sufi yang dikenali sebagai AKIFI.

Ketiga, memperkayakan penyelidikan, muzakarah dan daurah alamiah menzahirkan agenda Islam sebagai penyelesaian yang mampu menjadi rujukan dasar kerajaan tempatan, negeri dan pusat.

Keempat, menjuarai agenda dakwah dan penerbitan dalam memimpin masyarakat dan terakhir memperkasakan agenda perkaderan generasi ulama muda dengan ilmu dan kemahiran kepimpinan.

Nasrudin menambah, dalam mutakhir ini sesuatu isu tidak boleh disimpan dan diperam kerana pihak lawan turut pantas mencari maklumat dengan teknologi sedia ada.

Mengulas lanjut, beliau mencadangkan pucuk pimpinan mewujudkan TV secara maya atau di atas talian bagi bersaing menyampaikan informasi dengan TV di arus perdana seperti TV Al Hijrah dan lain-lain.

“Pastikan semua aktiviti dan suara ulama di peringkat negeri, kawasan disatukan, disalurkan disiarkan dalam saluran TV tersebut.

Kalau boleh buat ini, inshaAllah ia akan menjadi suara yang besar dan seluruh masyarakat apa saja isu ia hendak rujuk mereka boleh merujuk TV yang diasaskan oleh DUPP ini,” ujarnya.

Katanya lagi, selaras dengan saranan Ketua DUPP, penubuhan TV atas talian itu diharap akan mewujudkan masyarakat yang lebih berilmu menerusi platform yang dicadangkannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya