Tolong jaga adab - Utusan Malaysia

Tolong jaga adab

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Setakat hari ini, memang Poklip tidak pernah lagi dengar cerita yang kurang manis tentang seorang pelakon lelaki ini. Tetapi kalau nak kata bersih sangat daripada kontroversi pun tidak juga.

Dia dan isterinya yang juga pelakon popular selalu bikin ‘onar’. Ada sahaja cerita sensasi yang menjadi buah mulut warganet. Lebih-lebih lagi, kedua-duanya pun tak segan silu menunjukkan kemesraan mereka di khalayak.

Tetapi ada satu kejadian yang bukan kawan Poklip ini meluat dengan pelakon lelaki itu. Mana tidaknya, ada ke patut dia secara terbuka menghisap rokok elektronik ketika menghadiri sebuah acara hiburan baru-baru ini.

Mula-mula Poklip cuba bersangka baik, mungkin dia tidak perasan atau terlupa sedang berada di acara hiburan. Ala kita pun manusia, akan ada waktu yang kita terlupa itu ini. Jadi kita faham sahajalah.

Cuma kawan Poklip memberitahu, rakan-rakan artis yang ada bersama ketika itu sudah menunjukkan wajah kurang senang. Malah ada juga yang memberi isyarat supaya pelakon itu berhenti menghisap rokok elektronik itu.

Tetapi si polan itu seperti tidak faham dan meneruskan sahaja aktiviti tersebut. Maka kalau nak kata dia terlupa, macam tidaklah kot. Depan mata sudah ada beri isyarat, kalau buat tak tahu itu maksudnya tiada adab.

Susah juga ya kalau mahu menegur seseorang. Kalau tegur secara verbal, takut kecil hati. Mahu bergaduh. Sudah kes lain. Tetapi, kalau tidak ditegur, kita pula makan hati? Macam mana ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN