Tersondol atau menyondol? - Utusan Malaysia

Tersondol atau menyondol?

Curang bukan terjadi hanya disebabkan oleh kehadiran penyondol tetapi juga kerana sikap suami orang itu sendiri yang gemar melayan. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mula-mula dengar memang kasihan. Yelah, bila ada seorang selebriti ini mengadu dicurangi suami, memang ramai yang hulur bahu tempat dia bersandar. Tambahan pula, popular dan kaya, lagilah ramai datang menghulur simpati.

Dakwa selebriti tersebut, dia sudah lama memerhati sikap suaminya yang semakin hari semakin berbeza. Kalau dulu manis-manis sahaja, sekarang sudah ada rasa pahit itu. Sedihlah dia.

Dengar cerita, suami selebriti itu sudah jatuh hati dengan wanita yang lebih muda. Khabarnya seorang penyanyi. Orang industri seni juga rupanya, Tetapi si isteri belum ada kekuatan untuk bertanya.

Dia takut jika apa yang didengar itu adalah satu kebenaran. Boleh meroyan tau. Apatah lagi, selebriti yang juga usahawan sensasi ini memang nampak sayang sangat dengan suami. Macam belangkas.

Malah, dengar khabar dia sanggup cucuk sana cucuk sini untuk memastikan penampilannya sentiasa muda. Mungkin dia sudah mula rasa takut ditinggalkan. Walaupun kaya raya, tetapi belum tentu bahagia.

Namun, Poklip pun ada dengar versi berbeza. Sekarang bukan suami sahaja yang disondol, rupanya dia juga sedang menyondol suami orang lain. Pelakon katanya. Eh, berbelit-belit eh ceritanya.

Dakwa rakan Poklip, si isteri ini katanya sudah mula atur langkah, mencari kebahagiaan selain suaminya. Maka, suami orang jadi pilihan. Patutnya Poklip ada dengar rumah tangga pelakon lelaki itu sedang berantakan.

Mungkin sahaja dia juga sudah tangkap cinta dengan selebriti tersebut. Poklip tidak terkejut pun. Mendengar pelbagai cerita dalam industri seni ini, setakat disondol dan menyondol itu perkara biasa.

Tetapi memetik kata-kata Yana Samsudin, hal rumah tangga orang nak masuk campur sikit-sikit itu boleh. Sekadar menasihat secara dasar sahaja. Tetapi kalau sampai beriya macam kita punya kain, tak perlulah kot.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya