Pintu untuk Pas sertai Kerajaan Perpaduan masih terbuka -Anwar

Pintu untuk Pas sertai Kerajaan Perpaduan masih terbuka -Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pintu untuk Pas keluar daripada blok pembangkang dan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan masih terbuka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan Pas.

Beliau terbuka untuk bekerjasama dengan Pas sejak pembentukan awal kerajaan dan jemputan juga sudah diberikan kepada parti tersebut.

“Mengenai sama ada kami bersedia untuk melibatkan diri kami dengan mereka, sudah pasti kami bersedia, kita mesti dan saya sudah hantar jemputan kepada mereka… ye, saya terbuka untuk idea itu sejak dari awal lagi.

“Lagipun, ini adalah Kerajaan Perpaduan, kami buat apa yang terbaik untuk negara tetapi sudah pasti perlu ada satu garis. Islam adalah agama Persekutuan, tetapi ini adalah negara berbilang agama dan saya mahu setiap rakyat dalam negara daripada semua fahaman untuk tahu mereka ada tempat dalam negara ini,” katanya menerusi temubual bersama Time Magazine.

Kerajaan Perpaduan terdiri selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada mana-mana gabungan parti yang berjaya mendapat jumlah majoriti untuk membentuk kerajaan.

Anwar selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai 83 kerusi Parlimen membentuk Kerajaan Perpaduan atas nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pada awalnya, Kerajaan Perpaduan terbentuk dengan 19 parti politik dan lima gabungan parti iaitu selain daripada PH adalah Barisan Nasional (BN), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Manakala Perikatan Nasional (PN) yang terdiri daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berada di blok pembangkang.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga wakil tunggal daripada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan keputusan untuk keluar daripada Kerajaan Perpaduan dan menyertai blok pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai respons Pas, Anwar berkata, parti tersebut masih tidak memberi respons yang jelas mengenai jemputan tersebut.

“Tidak ada penolakan yang jelas mahupun respons positif. Iklim politik ketika ini masih agak panas, jadi kami mahu biarkan ia sejuk dahulu untuk seketika,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak mahu menghalang Pas daripada menyertai Kerajaan Perpaduan, namun, parti tersebut perlu tetap menerima syarat dasar utama tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya