Penunggang motosikal cedera terlanggar kontena jatuh atas jalan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal cedera terlanggar kontena jatuh atas jalan

SEBUAH treler tersangkut di terowong di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang tengah hari tadi. - Pix MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUTTERWORTH: Seorang penunggang motosikal cedera selepas terlanggar muatan kontena yang terjatuh di Jalan Paya Keladi, Kepala Batas, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, sebuah treler yang membawa muatan kontena dalam perjalanan dari arah Bertam Indah melalui terowong terbabit menuju ke Kuala Ketil, Kedah.

“Semasa melalui terowong itu, kontena berkenaan telah terlanggar bahagian atas terowong menyebabkan ia terjatuh di atas jalan.

“Mangsa yang sedang mengekori treler terbabit tidak sempat memberhentikan motosikalnya dan terlanggar kontena yang terjatuh di atas jalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa mengalami luka ringan manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes kemalangan jalan raya boleh boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Sarjn Mohd Ridzwan Bin Zolkifli di talian 017-4900246.

“Kes disiasat mengikut seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya