Pemuda UMNO bidas Wan Ahmad Fayhsal

Pemuda UMNO bidas Wan Ahmad Fayhsal

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda UMNO menyifatkan orang yang mengikuti ajaran agama Islam tetapi hakikatnya tidak mengakui di dalam hati adalah pihak yang munafik kerana berpura-pura.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, agama Islam mengajar umatnya untuk bercakap baik dan menjaga hubungan baik sesama insan.

“Bukan setiap kali bercakap, semuanya berunsurkan kebencian dan memecah belahkan umat

Jadi, siapa yg munafik? Mungkin sebab banyak tidur sangat dalam Parlimen ni. Bangun lah mat oi!” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu (Armada), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ketika berceramah dalam Pentas Anak Muda di Simpang Pelangai, Pahang menyifatkan kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) adalah munafik.

Wan Ahmad mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah hasil kerjasama merupakan perancangan antara ‘cikgu dan murid’ iaitu merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Machang tersebut mendakwa hasil kerjasama itu akan menyebabkan ahli UMNO akan mengundi calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai pada 7 Oktober ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya