Pada 23 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang terbunuh dan sebelas lagi cedera akibat satu letupan bom tangan di dalam sebuah gerabak keretapi yang sedang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara di Batu Gajah, Perak.
Letupan itu berlaku pada pukul 1.40 pagi di dalam gerabak yang kebanyakkannya anggota Batalion Kesebelas Askar Melayu Diraja yang sedang dalam perjalanan dari Kluang, Johor ke Kuala Kangsar, Perak.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 Jun 1977 – Seorang anggota polis, Zainal Abidin Othman, 23, putus dua jari kanannya apabila sebutir bom tangan meletup secara tiba-tiba sebelum upacara perasmian pembukaan Balai Slim Village, Tanjung Malim, Perak.
- 23 Jun 1983 – Seekor burung merpati yang dipercayai dari Jepun berdasarkan tanda di kakinya telah hinggap di rumah seorang petani, Aziz Mat, 43 tahun di Kampung Rimau, Pendang, Kedah.
- 23 Jun 1984 – JAIS akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian membekalkan jenazah dengan ayat-ayat Al-Quran dalam satu kejadian di Daerah Hulu Langat, Selangor.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










