Boleh tak jangan cepat percaya? Tiada orang mahu beri duit macam itu saja - Mimi Lana - Utusan Malaysia

Boleh tak jangan cepat percaya? Tiada orang mahu beri duit macam itu saja – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Mimi Lana tegas menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan taktik scammer atau penipu yang semakin ligat menggunakan gambar golongan ternama dan figura awam di media sosial.

Menurut Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, tidak logik apabila ada individu yang bermurah hati untuk memberi wang ringgit dengan tiba-tiba, malah turut mengepilkan imbasan kod QR secara terbuka.

“Kalau kalian nampak ada orang muat naik gambar, lepas itu cakap mahu beri duit, siap beri imbasan kod QR, boleh tak kalian jangan cepat percaya?

“Tidak kiralah orang itu selebriti ke, menteri ke, penjawat awam ke swasta ke tidak kisahlah. Sudah tahun 2026 ini, jangan cepat sangat percaya orang boleh?

“Tiada orang mahu beri duit dengan percuma macam itu saja,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Cakna perkara itu berlaku diluar kawalannya, pelakon filem Polong tersebut turut mengakui dirinya bimbang apabila terdapat beberapa mangsa penipuan yang menghubunginya menerusi pesanan terus atau Direct Messages (DM) demi membuat aduan.

“Saya tidak boleh kawal scammer (penipu) ini, dia sekat saya. Awak DM saya cakap Telegram sudah digodam, saya perlu buat apa ini? Lalu, saya paranoid juga,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak akaun palsu di Threads menggunakan foto selebriti tanah air memuat naik perkongsian kononnya mahu memberi wang tunai selepas memuat naik imbasan kod QR.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN