Pelajar 14 tahun maut digilis treler - Utusan Malaysia

Pelajar 14 tahun maut digilis treler

MANGSA yang merupakan seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut digilis treler dalam kejadian yang berlaku di Jalan Simpang Tiga Koreksional, Jalan Kok Klang, Arau, Perlis. -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Seorang pelajar berusia 14 tahun maut digilis sebuah treler dalam kejadian yang berlaku di Jalan Simpang Tiga Koreksional, Jalan Kok Klang, di sini, semalam.

Menerusi kejadian sekitar pukul 4.20 petang itu, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Kampung Siam Guar Nangka, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kedua-dua kenderaan berkenaan sedang dalam perjalanan dari arah Panggas menghala ke arah Jalan Kok Klang.

“Semasa sampai di Jalan Simpang Tiga Koreksional, treler berkenaan dipercayai mahu membelok ke kiri di simpang jalan untuk menghala ke arah Kok Klang.

“Manakala motosikal yang berada di sebelah kiri treler itu telah berlanggar di bahagian penjuru kiri hadapan kenderaan itu lalu menyebabkan penunggang berkenaan terperosok masuk ke bawah treler berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, akibat daripada itu, mangsa berkenaan dilaporkan turut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal itu yang cuba memotong treler berkenaan di sebelah kiri dan menyebabkan berlakunya pelanggaran tersebut.

“Siasatan lanjut berhubung kemalangan itu masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1981,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya