Pekerja gig perlu beralih ke sektor formal

Pekerja gig perlu beralih ke sektor formal

V. Sivakumar bercakap kepada media pada Majlis Perasmian Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa (IPEF 2023) di sini, hari ini.-UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penglibatan pekerja ekonomi gig yang kini hampir mencecah sejuta orang  perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, bidang terbaharu itu merupakan tren atau pola yang perlu ditangani oleh kerajaan berikutan Kementerian Sumber Manusia juga kurang arif mengenai bidang berkenaan.

“Kita mempunyai pendekatan untuk memastikan bahawa golongan ini juga mendapat perlindungan dan pendekatan bahawa mereka diberi peluang untuk berubah daripada ekonomi gig kepada sektor formal dengan program di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, ekonomi gig dijangka terus kekal berada dalam pasaran dan bakal menjadi sebahagian daripada model ekonomi yang wujud atas dasar ‘kecemasan’, contohnya sewaktu pandemik atau krisis ekonomi.

Namun, banyak isu timbul ekoran daripada status pekerja gig yang tidak diiktiraf sebagai pekerja di bawah Akta Kerja 1955 yang menyebabkan kebajikan mereka tidak dijaga. 

Sehubungan itu, jelas Sivakumar lagi, Kerjaya Madani diperkenalkan di bawah Perkeso untuk diberi latihan kepada pekerja gig supaya mereka boleh beralih ke dalam industri lain. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN