Malaysia tumpu urusan perdagangan guna ringgit

Langkah de-dolarisasi: Malaysia tumpu urusan perdagangan guna ringgit, keluar dari dominasi dolar AS

ANWAR Ibrahim semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merancang menggunakan pendekatan de-dolarisasi (de-dollarisation) lebih meluas bagi menggalakkan perdagangan antara negara lain menggunakan mata wang ringgit Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah keluar daripada dolar Amerika Syarikat (AS) sebagai mata wang global ketika ini untuk mengawal penyusutan dan kejatuhan ringgit kerana kebergantungannya kepada dolar AS.

Sehubungan itu, kata, melalui Bank Negara Malaysia (BNM), entiti itu sedang mempelopori inisiatif menggalakkan penggunaan mata wang tempatan seperti Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF).

Katanya, di peringkat awal, kerajaan Malaysia sudah mula menggunakan mata wang tempatan selepas mengadakan beberapa siri perbincangan dengan China, Indonesia dan Thailand, yang menyatakan persetujuan menggunakan ringgit dalam urusan perdagangan.

Katanya, dianggarkan sebanyak 28 peratus urusan pelaburan Malaysia dengan negara-negara berkenaan yang menggunakan mata wang ringgit.

“Dalam beberapa sidang di luar negara, saya bincang dengan beberapa negara supaya kita gunakan nilai wang tempatan untuk berdagang dan China sambut baik.

“Sekadar 20 hingga 28 peratus pelaburan yang besar melibatkan puluh bilion ringgit itu tidak menggunakan dolar, sebaliknya, menggunakan ringgit… ini tidak menjejaskan kehilanga dan penyusutan ringgit yang berterusan.

“Begitu juga Thailand yang kita percaya guna mata wang tempatan. Sekarang, Indonesia dan Thailand juga. Tapi tidak semua bidang guna mata wang tempatan terutama kalau terbabit dalam komoditi perdagangan antarabangsa.

“Sebab itu kerajaan juga cadang yang kita istilahkan sebagai ‘de-dolarization’. Ketika saya bincang dengan Perdana Menteri China, Li Qiang di Nanning, kebergantungan kepada dolar menyebabkan nilai mata wang kita jatuh seperti mana juga yang berlaku kepada renminbi China dan yen Jepun,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Awang Solahuddin Hashim [PN-Pendang] berkaitan tindakan kerajaan berdepan kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia sudah menandatangani rangka kerja penyelesaian mata wang tempatan dengan Thailand dan Indonesia bagi menggalak penggunaan mata wang tempatan sebagai penyelesaian perdagangan dan pelaburan.

Malaysia juga antara negara pertama menandatangani perjanjian pengaturan tukaran mata wang dengan China bagi penggunaan yuan dan ringgit untuk urusan perdagangan dan pelaburan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pada masa ini, untuk menghentikan penggunaan sepenuhnya dolar secara mendesak dalam perdagangan antarabangsa adalah sukar.

“Bagaimanapun, Malaysia lebih aktif dan agresif dalam menekankan keperluan meningkatkan kegunaan mata wang tempatan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN