Malaysia kutuk serangan berani mati di Ankara, Turkiye

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam serangan berani mati di Ankara

ANGGOTA polis Turkiye mengepung kawasan perkarangan Kementerian Dalam Negeri susulan kejadian letupan bom di Ankara. - Foto REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan berani mati di Ankara semalam sehingga mencederakan dua orang pegawai polis.

Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan, sebagai tanda solidariti bersama Türkiye dan seiring dengan pendirian masyarakat antarabangsa, Malaysia menentang penuh sebarang bentuk tindakan keganasan bertujuan mengganggu proses politik yang sah.

Bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan mana-mana rakyat Malaysia terlibat dalam kejadian itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang memantau perkembangan terkini dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Rakyat Malaysia di Türkiye digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mematuhi nasihat daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya hari ini.

Dalam kejadian terkutuk itu, dua penyerang meletupkan bom di hadapan bangunan kerajaan Turki di Ankara menyebabkan kedua-dua penyerang maut dan dua pegawai polis cedera.

Kumpulan miltan Kurdish mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Wisma Putra berkata, sekiranya memerlukan bantuan, Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul boleh dihubungi seperti di butiran berikut:

Kedutaan Besar Malaysia di Ankara
No. Telefon : 00 (90-312) 44635 47 / 48
00 (90 – 5078128406) (Telefon bimbit)
Emel : [email protected]

Konsulat Malaysia di Istanbul
No. Telefon : 00 (90-212) 989 10 01
Emel : [email protected]UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya