Ketagihan dadah isu yang semakin kompleks - Utusan Malaysia

Ketagihan dadah isu yang semakin kompleks

SUTEKNO AHMAD BELON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
HAMPIR setiap hari, pasti ada cerita-cerita pasal dadah muncul di dada akhbar. Nilai rampasan pula melibatkan berbilion ringgit selain peningkatan penagih yang bersilih ganti setiap tahun.
Paling dibimbangi remaja yang mudah terpengaruh dan mempunyai sifat ingin mencuba lebih tinggi berbanding golongan dewasa. Justeru, timbul banyak persoalan terutama tentang sejauh mana keberkesanan dan usaha untuk menangani masalah dadah sehingga kini?
Wartawan Mingguan Malaysia MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI menemu ramah Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), SUTEKNO AHMAD BELON bagi mendapatkan perspektif beliau.

 

EVOLUSI DADAH

MINGGUAN MALAYSIA: Dengan evolusi dadah yang semakin mencabar, bagaimana usaha dan cabaran AADK membantu menangani masalah ketagihan?
SUTEKNO: Kalau kita lihat kepada trend penyalahgunaan dadah sejak 10 tahun kebelakangan ini, berlaku banyak perubahan. Sebagai contoh, jenis dadah ‘tradisional’ yang sebelum ini lebih dikenali seperti heroin, morfin dan ganja berubah kepada dadah stimulan yang merangsang seperti amfetamin (ATS), metamfetamin dan ekstasi.
Jadi, secara tidak langsung juga berlaku evolusi dengan wujudnya peranti yang boleh disalahgunakan seperti rokok elektronik, vape dan pod berbanding kaedah lama menggunakan bong dan jarum suntikan.
Itu belum lagi ‘port’ yang dulu di ladang atau rumah terbiar, kini beralih kepada kawasan rumah persendirian atau premis yang disewa.
Jadi, ini antara cabarannya. Itu belum masuk bab modus operandi pada masa kini yang turut menggunakan teknologi, menerusi aplikasi dalam talian dan khidmat penghantaran makanan atau barangan.
Kami di AADK turut berdepan cabaran bagi meyakinkan penagih dan ahli keluarganya untuk menjalani rawatan pemulihan secara sukarela.
Sebaliknya, ahli keluarga atau penagih datang ke AADK setelah berada di tahap parah atau ketagihannya tidak terkawal lagi. Jadi, keadaan agak terlewat dan peluang pulih sepenuhnya mungkin tipis untuk mereka pulih.

PERTAMBAHAN PENAGIH
Adakah berlaku penambahan jumlah penagih dadah di Malaysia setakat ini?
Jumlah penagih dadah yang ditangkap meningkat sebanyak 11.4 peratus pada tahun lepas. Kita sudah kesan dan tangkap sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan iaitu tahun lalu. Sebab itu, berlaku peningkatan.
Untuk suku pertama tahun ini, kita berjaya merekodkan peningkatan sebanyak 36.8 peratus berbanding suku tahun pertama 2022.

Adakah mampu Malaysia mencapai sifar dadah?
Isu dadah ini sebenarnya isu global yang kompleks, lebih-lebih lagi dengan perubahan trend dan kemunculan dadah jenis baharu di pasaran global.
Walau apapun kita berpegang kepada prinsip tiada toleransi dalam hal membabitkan dadah. Malah kerajaan telah merangka Dasar Dadah Negara dengan matlamat Dadah Terkawal 2025.
Matlamat ini diperincikan di bawah Teras 3 Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) 2021-2025 yang menyasarkan penurunan jumlah penagih bagi setiap 100,000 penduduk di Malaysia tidak melebihi 400 orang menjelang akhir 2025.
Selain itu, kadar kepulihan bekas penagih di AADK juga disasarkan pada tahap 75 orang bagi setiap 100 orang (75 peratus).

KEMASKINI RAWATAN
Sejauh mana tuan berpuas hati dengan kaedah rawatan, kemudahan, peralatan dan jumlah keanggotaan AADK?
Semua kaedah rawatan dan pemulihan kita sentiasa dikemaskini supaya ia mengikut trend dan kekal relevan.
Begitu juga dengan KDN yang sentiasa peka dan membantu kita menyedia dan menaik taraf fasiliti, kemudahan logistik dan kemahiran pegawai-pegawai pemulihan AADK bagi memastikan perkhidmatan rawatan dan pemulihan penagihan dadah berasaskan Model i-Pulih AADK dapat diberikan secara efektif kepada penagih dadah di seluruh pelosok negara.

GUNA VAPE
Adakah penggunaan vape memberi kesan kepada peningkatan masalah ketagihan dadah? Adakah Tuan bimbang dengan fenomena vape?
Kita berjaya mengesan dan memang ada penyalahgunaan peranti untuk menghisap dadah. Paling kita takut kalau ia tidak dikawal, memang boleh berlaku pertambahan penagih dadah. Sebabnya, pasaran menjadi lebih terbuka.
Tambahan pula, kalau menghisap dadah menggunakan peranti, ia menjadi lebih mudah dan memberi kesan cepat berbanding menghisap dadah jenis ‘lama’ seperti heroin.
Apa yang kita bimbang, penggunaan peranti ini dapat mengelak daripada dikesan atau dikenal pasti pihak berkuasa atau orang awam kerana di mana-mana sahaja, di kawasan terbuka mereka boleh menghisap dadah.
Malah, ketagihan vape ini sebenarnya membuka laluan kepada tabiat penagihan dadah. Dan ia terbukti dalam banyak kajian. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya