Kerajaan perketat kawalan penyeludupan rokok, arak

Kerajaan perketat kawalan penyeludupan rokok, arak

Kerajaan akan memperkukuhkan lagi kawalan sempadan bagi mengekang penyeludupan rokok dan arak dari negara jiran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan produk rokok tidak sah dan minuman keras bermula tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan melalui agensi penguatkuasaan akan terus memperhebat usaha sama dalam menangani ketirisan hasil.

“Langkah kawalan penyeludupan rokok umpamanya telah menyumbang kepada penurunan peratus rokok tidak sah di pasaran tempatan kepada 56.6 peratus pada tahun 2022 ketimbang 63.8 peratus pada tahun 2020.

“Memandangkan bilangan rokok tidak sah masih tinggi di pasaran, kerjasama antara agensi akan dipertingkatkan termasuk memperketatkan kawalan penyeludupan minuman keras,” katanya ketika membentang Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam.

Kerajaan juga akan mengenakan beberapa syarat untuk aktiviti import bagi produk minuman keras dan rokok.

“Aktiviti pindah kapal bagi produk minuman keras akan dihadkan di pelabuhan tertentu sahaja. Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam akan dijadikan sebagai laluan keluar tunggal bagi wilayah utara.

“Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula hendaklah dilakukan secara muatan kontena secara penuh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN