Kerajaan berhasrat perkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen, Majlis Parlimen - Utusan Malaysia

Kerajaan berhasrat perkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen, Majlis Parlimen

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan berhasrat memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) dalam sidang Parlimen bulan ini.

Perkara itu dikongsikan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika berucap pada Persidangan Parlimen Komanwel ke-66 di Accra, Ghana, hari ini.

“Akta-akta ini akan melengkapkan Parlimen sebagai cabang badan perundangan dengan infrastruktur perundangan, prosedur dan pentadbiran untuk merealisasikan sepenuhnya fungsi dan tugasnya sebagai antara cabang pengasingan kuasa dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

“Walaupun Perlembagaan Persekutuan digubal oleh ahli Suruhanjaya Reid yang merupakan warga asing, kesaksamaan mereka, latihan undang-undang dan pengalaman dalam tradisi dan perlembagaan Parlimen Komanwel telah menyediakan draf terbaik untuk pelaksanaan,” katanya menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara.

Terdahulu Wan Junaidi menekankan, penguatkuasaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia sejak 1957 mempunyai pengasingan kuasa yang jelas dalam pelaksanaannya iaitu cabang Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman.

Beliau berkata, Bab dan Perkara Perlembagaan Persekutuan disusun dengan cara yang unik dan sistematik bagi memenuhi pelbagai keperluan negara itu sendiri serta pengasingan kuasa yang jelas bagi ketiga-tiga cabang kerajaan itu juga terjalin dan berhubung antara satu sama lain.

Meskipun konsep pengasingan kuasa ditunjukkan dalam bahagian Perkara yang berbeza, Wan Junaidi berkata, jentera masih belum diletakkan dan diaktifkan sepenuhnya dan konsep baharu Prinsip Latimer dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia memerlukan lebih banyak lagi pendidikan dan kesedaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya