PASIR SALAK: ‘Ini RM20 terakhir yang abang minta dari Ma, lepas ini tak ada dah.’ Itu antara kata-kata terakhir yang masih terngiang-ngiang di telinga Siti Sarina Huri, 34, sebelum suaminya Mohamad Afandy Mamosati, 34, ditemukan terapung di muara Sungai Perak di sini, kelmarin. Mohamad Afandy dan sepupunya Mohd. Amirul Azril Mohd. Shafiee, 34, ditemukan terapung di muara Sungai Perak, dekat Kayan selepas bot yang mereka naiki dipercayai dipukul arus deras.…










