Dua kertas siasatan babit Ebit Lew diserah ke Jabatan Peguam

Dua kertas siasatan babit Ebit Lew diserah ke Jabatan Peguam Negara

ebit lew
EBIT Lew
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua kertas siasatan yang dibuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kes pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara, pada minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan itu berkaitan dakwaan merogol pempengaruh dari Indonesia dan dakwaan fitnah terhadap Ebit Lew.

“Kedua-dua kertas siasatan itu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu lalu. Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana Ebit Lew sedang menghadapi kes mahkamah di Sabah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto membuat laporan polis menyatakan dirinya dirogol oleh pendakwah tersebut.

Rentetan itu, Ebit Lew juga didakwa membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rogol.

Terdahulu, polis mengesahkan merakam percakapan Caprice dan Mondy berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut telah diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor bagi siasatan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN