Dua termasuk Timbalan Yang Dipertua NGO dibebas dengan jaminan SPRM

Dua termasuk Timbalan Yang Dipertua NGO dibebas dengan jaminan SPRM

MOHD. AZWAN RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Reman Timbalan Yang Dipertua sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana berjumlah kira-kira RM230 juta tamat hari ini.

Menurut sumber, seorang daripada dua suspek yang ditahan dilepaskan hari ini.

Katanya, suspek disyaki menyeleweng dana itu bagi tujuan pelaburan dan peribadi.

“Pada 25 April lalu, kedua-dua suspek telah disambung reman selama lima hari dan hari ini mereka telah dilepaskan sebaik tempoh reman tamat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut, 

“Kesemua suspek telah dilepaskan dengan jaminan SPRM,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN