SMK Felda Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas - Utusan Malaysia

SMK Felda Jengka 24 zahir penghargaan pihak bantu SAR pelajar lemas

PENGURUSAN SMK Felda Jengka 24 di Jerantut, Pahang menzahirkan penghargaan kepada pihak yang bantu operasi mencari dan menyelamat dua pelajar sekolah itu yang ditemukan lemas di Sungai Pahang pada 3 April lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Jengka 24 di sini menzahirkan penghargaan buat pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta penduduk setempat yang bertungkus-lumus membantu menemukan dua pelajar sekolah itu yang lemas di Sungai Pahang, awal bulan ini.

Majlis bacaan Yassin dan tahlil khas diadakan bagi mengenang pemergian Muhammad Amirul Ashraf Abdullah dan Muhammad Danial Haikal Shamsudin, masing-masing berusia 14 tahun, yang ditemukan lemas pada 3 April lalu.

Selain doa dan tahlil, pihak sekolah turut menyampaikan surat penghargaan kepada agensi dan individu yang terbabit dalam operasi.

Pengetua SMK Felda Jengka 24, Mahadi Mahmood menyampaikan penghargaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kampung (JKKK) Bukit Nikmat dan Durian Hijau, Ketua Peneroka Felda Jengka 24, Razak Daud, pasukan Bomba dan Penyelamat Jerantut, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi SAR yang disertai pelbagai agensi dan penduduk berjaya menemukan mayat Muhammad Danial Haikal kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang, manakala mayat Muhammad Amirul Ashraf tiga kilometer.

Majlis iitu bukan sahaja bagi memperingati pemergian dua pelajar berkenaan malah menjadi simbol solidariti masyarakat Felda Jengka 24 yang menghargai setiap usaha wira SAR dalam tragedi yang meruntun hati ramai. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN