Belanjawan 2024 cuma popularkan PM - Tun M - Utusan Malaysia

Belanjawan 2024 cuma popularkan PM – Tun M

Belanjawan 2024
DR. Mahathir Mohamad menghadiri Persidangan Tahunan Parti Berjasa di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Belanjawan 2024 yang dibentangkan pada dua minggu lalu didakwa bersifat populis yang menguntungkan Perdana Menteri dan kerajaan berbanding manfaat kepada negara dan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau mempersoalkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membuat perancangan ketika merangka belanjawan tersebut apabila negara kini berdepan hutang tinggi.

“Jumlah wang yang dicadangkan (untuk Belanjawan 2024) begitu tinggi dengan defisit kerajaan bertambah. Saya tidak tahu bagaimana kerajaan hendak dapat duit untuk menampung semua perbelanjaan dalam belanjawan berkenaan.

“Hutang negara mencecah RM1.5 trilion. Kalau tambah lagi, kerajaan akan terikat dengan hutang tersebut untuk puluhan tahun akan datang,” katanya kepada pemberta selepas menghadiri Persidangan Tahunan Parti Berjasa, hari ini.

Beliau menjelaskan, meskipun kerajaan bercadang untuk meningkatkan cukai perkhidmatan serta memperkenalkan cukai barangan mewah, namun hasil daripada dua cukai tersebut dilihat tidak mampu untuk menampung defisit negara.

“Peruntukan Belanjawan 2024 berjumlah RM393.8 bilion merupakan satu peruntukan yang begitu besar, justeru meminta Perdana Menteri melihat semula Belanjawan berkenaan.

“Apa yang saya nampak, belanjawan ini digubal supaya Perdana Menteri lebih popular, disukai dan menawan hati rakyat,” sindirnya.

Untuk rekod, Belanjawan 2024 merupakan belanjawan yang mempunyai peruntukan paling tinggi dalam sejarah daripada RM393.8 bilion, sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya