Hasil lawatan PM ke luar negara, pelaburan antara tumpuan hari ini

Parlimen: Hasil lawatan Perdana Menteri ke luar negara, pelaburan dan kejatuhan ringgit antara tumpuan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hasil lawatan ke luar negara termasuk pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia antara yang menjadi tumpuan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Tan Kar Hing [PH-Gopeng] akan meminta Perdana Menteri menjawab soalan tersebut menerusi waktu pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pukul 10 pagi ini.

Datuk Awang Solahuddin Hashim [PN-Pendang] turut meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana keberkesanan kerajaan menangani impak kejatuhan nilai ringgit serta implikasi menyeluruh termasuk golongan berpendapatan sederhana (M40) yang tidak menerima bahan api bersubsidi susulan pengenalan sistem subsidi bersasar.

Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan [GRS-Keningau] meminta Perdana Menteri menyatakan bila kerajaan akan memberi tumpuan dan dana untuk memesatkan pembangunan dan ekonomi Sabah dan Sarawak.

Ini di samping merealisasi potensi-potensi seperti meningkatkan perdagangan rentas sempadan dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur.

Untuk waktu pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan (MQT), Datuk Seri Saifuddin Abdullah [PN-Indera Mahkota] meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan jika kementerian berhasrat meneliti semula syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagaimanapun, Datuk Jonathan Yasin [GRS-Ranau] terlebih dahulu akan meminta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyatakan garis masa kerajaan meluluskan naik taraf pembinaan jalan di kawasan kampung dalam Parlimennya.

Pada permulaan urusan mesyuarat mengemukakan Rang Undang-Undang (RUU) untuk bacaan kali yang pertama, Menteri Kewangan akan membentang RUU Perbekalan 2024, manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkenaan RUU Syarikat (Pindaan) 2023.

Sementara itu, RUU untuk bacaan kali kedua, terdapat enam RUU yang akan dibentang iaitu RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2023, RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023, RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2023, RUU Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Pindaan) 2023, RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2023 dan RUU Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Dalam pada itu, tiada pembentangan bagi RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali kedua hari ini selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menangguhkannya ke satu tarikh yang akan dimaklum kemudian.

Dewan Rakyat bersidang selama 32 bermula hari ini sehingga 30 November depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya