Anggota trafik selamatkan pemandu kereta dalam banjir - Utusan Malaysia

Anggota trafik selamatkan pemandu kereta dalam banjir

ANGGOTA trafik cuba membawa keluar pemandu Nissan Xtrail yang terperangkap dalam banjir di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pantas tiga anggota trafik Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan pemandu kereta Nissan selepas kenderaannya terperangkap dalam banjir di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, petang tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Nasri Omar berkata, kejadian berlaku pada pukul 6 petang apabila kawasan tersebut dinaiki air susulan hujan lebat.

“Akibat kejadian itu sebuah kenderaan yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 27 tahun tenggelam.

“Tiga anggota trafik yang sedang membuat pemantauan kawasan banjir telah terlihat kejadian tersebut dengan pantas membantu pemandu itu keluar dengan selamat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN