Aktiviti rekreasi bertukar tragedi: Dua dihanyut arus, seorang lemas

Aktiviti rekreasi bertukar tragedi: seorang lemas dan rakannya masih hilang

PASUKAN SAR anggota bomba membawa penemuan mayat pertama mangsa lemas yang dilaporkan dihanyut arus di Sungai Kanowit Nanga Meluan dengan bantuan menggunakan perahu penduduk kampung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BINTANGOR: Hasrat dua remaja melakukan aktiviti rekreasi di Sungai Kanowit Nanga Meluan di sini bertukar tragedi apabila mereka dihanyut arus sungai yang deras di sini lewat petang tadi.

Seorang daripada remaja lelaki berkenaan ditemukan kira-kira 20 keter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam manakala seorang lagi rakannya masih hilang belum dijumpai di Sungai Kanowit Nanga Meluan.

“Mayat Abdul Rezan Abdul Jalil, 15, ditempatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 20 meter dari tempatnya dilaporkan tenggelam pada jam 5.47 petang tadi.

“Manakala rakan mangsa yang dikenal pasti Ferdinand Raymond Jiram, 16, masih dilaporkan hilang dalam kejadian tersebut, kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak.

Sementara itu, menurut salah seorang saksi, Abdul Rezan beliau cuba untuk menyeberangi sungai tersebut tetapi gagal.

Terdahulu, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kejadian berkenaan.

“Operasi dijalankan oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot orang kampung menggunakan teknik pencarian atas pemukaan air sebelum berjaya menemui mangsa yang pertama.

“Setakat pukul 7 petang hari ini, mangsa kedua yang hilang masih belum ditemui dan operasi SAR terpaksa ditangguhkan ke hari esok” katanya.-UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN