Daging goreng halia

Daging goreng halia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Daging goreng halia merupakan antara menu yang sering menjadi pilihan di restoran Cina Muslim.

Jika teringin menikmatinya, tidak perlu menunggu untuk berkunjung ke restoran kerana hidangan ini mudah disediakan sendiri di rumah.

Malah, bahan yang digunakan juga ringkas dan sesuai dijadikan menu untuk seisi keluarga.

Kredit: Arma Mohd. Faizal Abu Bakar, Pensyarah kanan, UiTM Cawangan Terengganu

Bahan-bahan:
• 1 kilogram daging batang pinang
• 100 gram halia muda (dimayang halus memanjang)
• 300 gram lada benggala hijau (dimayang kasar memanjang)
• 20 gram bawang putih (dicincang)
• 30 gram halia (dicincang)
• 150 ml sos tiram
• 100 ml kicap cair
• 250 ml air
• 60 gram tepung jagung (dibancuh dengan air)
• Minyak untuk menumis
• Gula, garam dan lada sulah secukupnya

Cara penyediaan:
• Perapkan daging bersama gula,garam dan lada sulah selama kira-kira sejam.
• Panaskan minyak dan goreng daging sebentar dengan api besar kemudian angkat dan ketepikan.
• Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan wangi.
• Kemudian masukkan sos tiram dan kicap cair. Kacau sehingga sebati.
• Masukkan daging yang telah digoreng tadi, diikuti lada benggala hijau dan halia muda. Kacau rata.
• Perasakan dengan gula, garam dan lada sulah mengikut cita rasa.
• Masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga kuah pekat.
• Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×